Tuesday, October 11, 2011

Gambar Pokok Timun Musim kelima


Cili angkasa ( Harian metro 11 oct)

PUTRAJAYA: Cili angkasa yang diberi nama MC11 daripada biji benih dibawa pulang dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan dipercayai lebih berkualiti serta tahan daripada serangan penyakit bakal dihasilkan pada akhir tahun ini.

Sebanyak 100 gram atau 20,000 biji benih dari ISS itu adalah daripada baka cili tempatan yang menerima pendedahan persekitaran mikrograviti dan radiasi angkasa selama tiga bulan melalui program Space Seed. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata, program penghantaran biji benih ke angkasa itu membabitkan kerjasama dengan Agensi Penerokaan Angkasa Jepun (JAXA).


Menurutnya, biji benih yang dibawa balik ke bumi pada 1 Jun lalu itu kini menjalani ujian pemerhatian percambahan di tapak semaian Institit Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di Serdang.

“Ujian ini menunjukkan perkembangan baik. Kesan pendedahan radiasi angkasa dipercayai menjadikan biji benih itu lebih tahan penyakit,” katanya, pada majlis pelancaran sambutan ulang tahun Program Angkasawan Negara Ke-4 (Supan-4), di sini, semalam. Hadir sama, Timbalan Menterinya, Datuk Dr Fadillah Yusof; Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Madinah Mohamad; Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Mustafa Din Subari; Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr Abd Shukor Abd Rahman dan Pengarah Kibo Utilization Office For Asia JAXA, Shigeki Kamigaichi.

Monday, October 10, 2011

Timun musin Kelima

Masa musin ke empat yang lepas, hasil dari 5000 pokok timun dah mececah ke 6 tan buah timun. Pada musin ke lima ini, anak pokok timun dah pencapai usia dua minggu. Pada musin kami target untuk dapat 10 tan berat buah. Menurut rakan kongsi, beliau ingin mencuba kaedah baru dalam penyemburan pokok timun. Dalam usia dua minggu, pokok akan di spray dengan baja A dan B dengan 4 EC bersama baja AG. Siraman biasa juga dilakukan dengan 2EC. Selepas dua minggu baru spray dengan racun. Harap-harap dimurahkan rezeki, target yang diinginkan boleh dicapai.

Saturday, May 14, 2011

Rumah Semaian Dijual



Saya ada jual Rumah semaian 10x15 kaki (Tak termasuk plastik dan jaring)

Boleh muatkan 55 tray
Harga RM350


Sabut kelapa RM4.00 (tak termasuk lori)

Wednesday, January 20, 2010

Jualan



BAJA CECAIR BIO-ORGANIK
Ramuan:
N, P2, O5, K2O, Ca, Mg, Fe S, Zn, Mn, B, Cl (6-10%)
Protien (3-5%)
Vitamin B (40-70mg/liter)
Asid Amino Neutral (16 jenis)
Bahan Asli xx1 Di Ekstrak Khusus (30-50mg/liter)
Mikro Organisma Berfaedah (lebih 120 rantaian)
Bahan Pemusnah Serangga, kulat dan Bakteria
Harga: RM35 per liter

BAJA FERTIGASI CILI A dan B
50 liters : RM60
100 liters: RM100


Sekiranya minat, sila hubungi As Ban 013-3695670

Lot PT 1192, Jalan Bangau, Bt 9 Kebun Baru,
42500 Teluk Panglima Garang, Klang, Selangor, Malaysia